NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM40.00
TEORI DAN PRAKTIS PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU
Price RM40.00
Size (L x W x H) 15 cm x 3 cm x 23 cm
Points Needed 800
Availability 23
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

ISBN 978-967-2163-46-6

Antara topik-topik yang terkandung dalam buku ini ialah falsafah pendidikan, teori personaliti dan spiritual, etika dan moral, peranan guru sebagai pendidik, kemahiran asas kaunseling, kemahiran insaniah, nilai guru, isu kontemporari, dan kompetensi guru. Diharap kesemua topik yang dibincangkan di dalam buku ini memberi impak positif untuk melahirkan guru bersahsiah yang komited dan berkesan dalam bidang tugas dan tanggungjawab mereka. Hal ini sangat penting kerana keupayaan para guru untuk mendidik warga Malaysia yang cemerlang secara syumul berkait rapat dengan sahsiah para guru dan menjadi ikutan murid dan masyarakat.

Buku Teori dan Praktis Pembangunan Sahsiah Guru ini merupakan bahan ilmiah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan kemahiran di samping mencetuskan perbincangan yang berkaitan dengan pembinaan sahsiah guru di Malaysia. Dengan ini, diharapkan agar buku ini dapat membantu guru memahami diri mereka dan juga murid-murid serta bertindak berdasarkan falsafah, etika serta pekeliling yang ada. Selain itu, kemahiran yang disediakan dalam buku ini juga dapat membantu guru bertindak sebagai pemangkin kecemerlangan dan agen perubahan sosial.
Kandungan buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan oleh pensyarah terutamanya yang terlibat dalam melahirkan barisan guru yang bakal mendidik anak bangsa. Selain itu, buku ini juga dapat dijadikan panduan kepada guru dan bakal guru untuk membina sahsiah diri yang unggul. Pengisian buku ini dirancang dengan teliti untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pembaca tentang falsafah dan konsep berkaitan pembangunan sahsiah guru. Selain itu juga, buku ini turut memuatkan kemahiran yang boleh dipraktikkan oleh guru yang bersahsiah.