NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Latest Products
Sort by
Show result

ISBN 983-2620-07-4

Pendidikan bestari dalam pendidikan fizik

 

RM75.00

ISBN 978-983-3759-29-3

#organicchemistry
#chemistry

RM99.00

ISBN 978-983-3759-50-7

Bab dalam buku berkaitan geografi, alam sekitar, manusia dan isu-isu semasa yang berkaitan

RM33.00

ISBN 978-983-3759-43-9

Karya oleh Sasterawan Negara Arena Wati
#Arenawati

RM49.00

ISBN 978-983-3759-56-9

Cerpen dan puisi yang digabungkan dalam satu buku

RM20.00

ISBN 978-983-3759-36-1

Sebuah tulisan istimewa Sasterawan Negara Arena Wati

RM46.00

ISBN 978-983-3759-28-6

Semua yang anda ingin tahu berkaitan pengurusan sisa pepajal di Tanjong Malim

RM20.00

ISBN 983-2620-35-X

In alloys, metals and cuprates. Writer is a well known Professor from UKM.

RM40.00

ISBN 983-2620-26-0

Sesuai untuk pelajar-pelajar pengajian tinggi dalam bidang berkaitan

RM25.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Buku "Coffee Table" ini adalah sebagai meraikan sambutan ulang tahun 10 tahun UPSI (1997 - 2007)

RM60.00

ISBN 983-2620-39-2

Pengenalan kepada bidang kimia organik

RM40.00

ISBN 983-2620-11-2

Tulisan pensyarah UPSI

RM35.00

ISBN 978-983-3759-44-6

Written by an undoubted pioneer in modern Malay poetry Masuri S.N.

RM16.50

ISBN 978-967-9856-67-5

This book is the piano accompaniment to the Folk Tunes of Malaysia for Violin Beginners book, which is based on the folk tunes of various cultural groups in Malaysia. It is one of the first books that explores the colourful folk tunes loved by Malaysians. The Folk Tunes of Malaysia for Violin (Beginners) - Piano Accompaniment Book consists of 15 Malaysian tunes carefully chosen and arranged for violin and piano. This accompaniment book is ideal for individual and duet practice. It is hoped that the beautiful and vibrant folk songs in this book will motivate violin beginners to continue mastering the techniques of the violin and exploring knowledge on Malaysias rich multicultural heritage.

RM12.80

ISBN 978-983-37596-57-6

Kompilasi essay karangan figura seni terkenal Zakaria Ali.

RM50.00

ISBN 978-967-2159-38-4

Kajian aspek pedagogi dalam Pendidikan Moral terus dilaksanakan kerana elemen pedagogi dalam pendidikan menjadi tonggak untuk melahirkan insan yang memiliki kekuatan swadaya dari aspek fizikal dan mental. Justeru, buku Teater Forum dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Moral ialah buku yang dihasilkan berdasarkan kajian yang menggabungkan disiplin ilmu teater dan bidang Pendidikan Moral. Buku ini membincangkan salah satu cabang seni teater iaitu Teater Forum yang digunakan sebagai wahana pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Moral di sekolah dan universiti.
 

RM35.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Perkembangan sains dan teknologi telah mendorong para pendidik agar dapat menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik minat pelajar supaya institusi pendidikan tidak dianggap membosankan. Justeru, pendedahan dan kefahaman terhadap bidang bioteknologi tumbuhan amatlah penting untuk diterapkan kepada semua individu yang baharu sahaja mengenali bidang ini. Atas tujuan tersebut, penulis mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku ini bagi menerangkan asas teknik kultur tisu yang sama merupakan aspek penting dan perlu diambil perhatian dalam pengajaran dan pengajaran khususnya bidang bioteknologi tumbuhan. Buku ini ditulis untuk pelajar-pelajar universiti yang mengambil kursus Bioteknologi dan guru-guru serta pembantu makmal di sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan asas tentang bioteknologi tumbuhan. Di samping itu, ia juga berguna bagi membantu individu yang berminat dengan teknik kultur tisu. Penulisan buku ini berdasarkan pengalaman penulis sebagai pensyarah Biologi, pengalaman penulis sebagai penyelidik dan semasa mengikuti cuti sabatikal dalam bidang Bioteknologi Tumbuhan.

RM30.00

ISBN 978-967-2159-19-3

The simple language used in this book would allow ESL students better understand the basic of research. Though this book is only a guide to writing research proposals using the experimental method, it can be used as reference to writing research report after the actual research has been undertaken.

RM12.00

ISBN 978-983-3759-85-9

Buku "Pembelajaran Berasaskan Web: Isu Dan Trend" adalah merupakan koleksi penulisan tenaga pengajar dan pelajar pasca siswazah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Buku ini merangkumi pelbagai konteks penulisan yang merangkumi lontaran idea, kritikan, laporan penyelidikan, tinjauan perpustakaan dan perbincangan isu-isu. Tajuk ini dipilih memandangkan Web kini telah menjadi suatu medium utama dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Buku ini memuatkan 16 bab yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris dan ianya dibahagikan kepada empat tema perbincangan iaitu isu reka bentuk, aplikasi sumber terbuka, laman sosial dan perkembangan teknologi. Buku ini amat sesuai dijadikan tatapan oleh para pendidik dan juga pelajar dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan Web dan pendidikan. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan oleh para penyelidik dalam mengenal pasti permasalahan-permasalahan berkaitan Web dan pendidikan. Dengan kehadiran buku ini, diharap dapat rneningkatkan lagi khazanah ilmu tempatan dalam pasaran ilmu semasa.

RM30.00

ISBN 978-983-3759-68-2

Sebuah memoir Hasan Ali dalam "pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu

RM60.00

ISBN 978-967-2159-19-3

In the rapidly changing and interdependent world of the 21st century, it is safe to assume that learners will be best served by pedagogies designed to help them to learn how to learn in new contexts throughout their lives and prepare them to transfer what they learn to novel situations and at the same time to learn from the inherent variations present in their lives. To achieve these goals, teaching and learning attributes and good practices in science and mathematics education in an effort to produce future generation who are well-equipped to face the challenges of the 21st century education.
This collection of book chapters is striving to make a difference in a diverse range of educational contexts employing a variety of research methodologies and new approaches in the teaching and learning of science and mathematics pedagogies and the exemplary teaching and learning attributes and practices to meet the global challenges of diversity and interdependence.

RM35.00

ISBN 978-967-0924-76-2

Buku ini merangkumi aspek dalam proses membuat penyelidikan, iaitu daripada memahami kaedah membuat penyelidikan sehingga memulakan proposal kajian. Buku ini mempunyai 17 bab secara umumnya. Ia terbahagi kepada beberapa pendekatan iaitu menerangkan bagaimana membuat penyelidikan, bermula daripada membuat pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian, jenis penyelidikan, hipotesis, pensampelan, kebolehpercayaan dan kesahan serta membina soal selidik. Objektif buku ini, supaya penyelidik dapat menguasai kesemua penyelidikan dalam pendidikan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Karya ini bukan sahaja dihasilkan bagi mengisi keperluan akademik di peringkat universiti, tetapi juga bagi mengisi keperluan dalam penyelidik dan kajian, khususnya para pendidik yang terlibat dalam institusi pendidikan tinggi. Diharap buku ini juga boleh menjadi bahan rujukan dan bacaan berguna bagi golongan pembaca yang ingin mempertingkatkan pembangunan serta mutu penyelidikan mereka.

RM50.00

ISBN 978-967-0924-46-5

Penulisan yang memaparkan model cara pengajaran dan pembelajaran matematik peringkat sekolah rendah dengan mengintegrasikan empat peringkat kefahaman numerasi iaitu pentafsiran kod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Contoh soalan bukan rutin yang berkait dengan kehidupan sebenar dimuatkan dalam penulisan ini untuk membantu mereka membiasakan diri dengan empat peringkat kefahaman numerasi.
Bahan dan aktiviti disediakan untuk murid dan guru matematik sekolah rendah daripada segi pembinaan dan pemahaman konsep numerasi. Model Peringkat Kefahaman Numerasi Sekolah Rendah (MPKNSR) ini sesuai untuk semua pendidik matematik dalam melatih bakal guru agar lebih bersikap kreatif dan inovatif dalam menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan pemikiran aras tinggi. Pengalaman seperti ini dapat meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

RM35.00

ISBN 978-967-0480-63-3

TI-NSPIRE Graphing Technolgy: Pre-University Mathematics provides a plethora of idea for mathematics educators and pre-university student in using TI-Nspire graphing technology for mathematics teaching and learning. This book can be used by all undergraduates in Mathematics Education Program as well as mathematics educations lecturers to explore idea of using graphing calculator technology in teaching and learning. Activities in this book were designed to help pre-university students to enhance their higher order thinking skills. Through the TI-Nspire-based learning experience, students will develop a greater understanding of mathematical concepts and ideas and enhance their creative thinking, critical thinking and mathematical reasoning, communication, connection and representation.

RM45.00

ISBN 978-983-3759-69-9

Pendidikan amat dihargai oleh semua orang sama ada berpendidikan atau tidak. Perbezaan yang paling asas di antara pendidikan dan pendidikan islam dibincangkan secara menyeluruh dalam buku ini. Melihat kepada pemakaian istilah pendidikan pada masa sekarang, menunjukkan bahawa istilah tersebut belum difahami sepenuhnya atau berlaku kekaburan dalam memahami maknanya yang sebenar. Kekaburan turut berlaku dalam pengistilahan pendidikan islam yang membataskan maknanya hanya kepada pengajian ilmu naqli seolah-olah ilmu aqli tidak menjadi sebahagian daripada cakupan pendidikan islam yang syumul. Dikotomi ini semacam melanjutkan lagi tradisi dualisme pendidikan yang tidak selaras dengan konsep pendidikan islam yang asal. Kekaburan ini turut terseret dalam aspek kurikulum sebagai satu cabang ilmu yang khusus dalam bidang pendidikan. Bermula dari definisi yang sempit dan dikritik hebat akhirnya bergerak menjadi satu definisi yang luas dan semakin menyeluruh. Definisi yang terlalu luas akan menjadilan ruang lingkup bidangnya sukar dikawal dan tidak memungkinkan seseorang menjadi pakar dalam bidangnya. Manakala pengertian yang terlalu sempit akan mengabaikan banyak perkara yang relevan dan juga penting. Kesemua kekeliruan dan kekaburan ini berpunca daripada kegagalan untuk meletakkan semula istilah pendidikan islam dan kurikulum pendidikan islam di tempatnya yang paling tepat.

RM35.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Penulisan Teknik Asas Penyelidikan dalam Makmal Bioteknologi mencakupi sejarah bioteknologi, teknik dan prinsip asas yang diaplikasikan dalam penyelidikan bioteknologi seperti pengekstrakan, pemisahan dan pengesanan biomolekul serta pengkulturan sel. Selain teknik asas ini aspek keselamatan makmal, reagen dan bahan-bahan kimia serta instrumen yang digunakan dalam penyelidikan bioteknologi turut disentuh. Kefahaman ini akan membantu penyelidik dan menjadi panduan penting kepada para pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat dalam memahami dan mempraktikkan teknik bioteknologi dalam penyelidikan demi menjamin kelestarian sumber asli yang dinikmati kini.

RM36.00

ISBN 978-983-3759-82-8

Keindahan seni tulisan Islam semakin popular. Pelbagai jenis tulisan khat boleh digunakan dan dipelajari dalam menghasilkan seni khat yang estetik ini. Khat dan Pena: Persepsi dan Penerimaan Masyarakat dihasilkan bukan sahaja membahaskan sejarah pertumbuhan dan perkembangan seni khat dalam tamadun Islam dah senarionya dalam masyarakat Muslim semasa, malah memberikan adunan pelbagai jenis dan penggunaan mata pena dalam menghasilkan tulisan dan reka bentuk khat yang berseni. Pemaparan beberapa tokoh seni ini turut memberikan input dan rujukan kepada pengamal, pengkaji, pelajar-pelajar yang mengikut kursus kemahiran Tulisan Jawi dan Seni Khat di sekolah dan institut pengajian tinggi, dan mereka yang baru berjinak-jinak dan meminati seni penulisan Islam ini.

RM23.00

ISBN 978-967-2159-19-3

In view of its importance and significance, statistical literacy has stirred a lot of research interest since its inception two decades ago. Research on statistical literacy has encompassed different levels of statistics education besides considering different disciplines of studies and various aspects of statistics education. Statistical literacy requires integration of statistical knowledge into the real-life settings within which the statistical questions arise. A statistically literate person should have the skills and the confidence to work with data in an analytical and critical manner so that the data can be of some substantial use to others. This book is divided into three parts. The first part discusses statistical literacy and assessment. The second part discusses inferential statistics and assessment constructs while the third part discusses statistics instructions and curriculum. In short, this book contains the three important facets of education which are assessment, instruction and curriculum. The contents of this book will most importantly provide readers with the important developments in statistics education worldwide. The chapters in this book provide readers with a wealth of knowledge concerning pedagogical and assessment issues pertaining to goals of statistics education.

RM35.00

ISBN 978-967-2163-55-8

Intervensi awal merupakan langkah awal untuk mencegah sesuatu ketidakupayaan menjadi lebih teruk. Ketidakupayaan boleh berlaku secarakongrnital atau diperoleh selepas dilahirkan, semasa membesar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Oleh yang demikian, intervensi awal boleh berlaku bila-bila masa. Penggunaan istilah intervensi bergantung kepada sesebuah negara dan falsafah pendidikan khas negara berkenaan. Walau bagaimanapun, buku ini memfokuskan kepada ketidakupayaan kanak-kanak di bawah sembilan tahun. Ini kerana ada golongan kanak-kanak contohnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang hanya disedari tidakboleh membcaca dan menulis apabila mereka sudah pun berumur sembilan tahun. Memandangkan keadaan ini, penulis berkongsi ilmu tentang intervensi awal dari lahirhingga sembilan tahun. Maklumat dalam buku ini boleh digunakan oleh ibu bapa, guru arus perdana, guru pendidikan khas, bakal guru dan sesiapa yang berminat dapat maklumat tentang kanak-kanak ketidakupayaan.

RM35.00

ISBN 978-967-0480-31-2

Designed in step-by step manner, Reading Skills: Back to Basic aims to equip the students with crucial reading skills that will enable students to comprehend reading texts better. the fun and stimulating materials in Reading Skills: Back to Basic endeavour to encourage students to become active participants in the reading process and also, to keep them interested. The reading strategies provided in Reading Skills: Back to Back can be applied across academic disciplines and student's competence levels.

RM25.00

ISBN 978-967-2159-13-1

Pendekatan kajian secara empirikal merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh ahli akademik dalam usaha untuk memahami situasi ekonomi semasa. Justeru, buku Kajian Empirikal Ekonomi Alaf 21 merupakan salah satu usaha ahli akademik dalam bidang ekonomi untuk mengupas isu-isu semasa berkaitan dengan pelbagai bidang ekonomi melalui penggunaan data-data sekunder dan primer. Buku ini mengandungi sebelas bab kesemuanya. Isu-isu yang dibincangkan dalam setiap bab dalam buku ini, telah disokong dengan kajian-kajian yang sama oleh para pengkaji yang terdahulu bagi memperkukuhkan lagi dapatan kajian yang ditemui.

RM35.00

ISBN 978-967-2159-13-1

Secara umumnya buku ini disusun berdasarkan keperluan semasa masyarakat memahami akhlak mulia secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek. Bagi membentuk ummah yang sejahtera, saling hormat menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain adalah pra syarat membentuk sebuah negara yang aman sejahtera. Justeru, untuk mencapai matlamat tersebut masyarakat dituntut melaksanakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang akhlak mulia dalam kehidupan manusia sangat luas meliputi aspek berakhlak mulia terhadap diri sendiri, berakhlak mulia dalam masyarakat, berakhlak mulia terhadap alam sekitar, berakhlak mulia terhadap melalui aktiviti sosial, berakhlak mulia terhadap keluarga dan berakhlak mulia dalam konteks kenegaraan. Oleh itu, perlu ada panduan dan bimbingan kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam agar memahami konsep akhlak dan mengaplikasi pengamalan akhlak mulia dalam masyarakat secara jelas dan berkesan. Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa dan guru, pentadbir dan pemimpin politik serta seluruh umat Islam yang cintakan akhlak Rasulullah SAW untuk mempelajari dan mendalami akhlak mulia. Diharap paparan konsep dan aplikasi akhlak mulia dalam buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama.

RM38.00

ISBN 978-967-0924-23-6

Himpunan Cerita Rakyat Kadazandusun ini merupakan koleksi khazanah sastera rakyat yang mengandungi dua puluh tiga buah cerita yang dikumpulkan daripada pelbagai subetnik keluarga Kadazandusun. Cerita rakyat ini terdiri daripada cerita binatang, mitos, asal-usul, dan penglipur lara. Ia didokumenkan dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Kadazandusun dengan mengekalkan dialek-dialek Liwan, Bundu, Dusun Labuk, Dusun Sungai dan Kimaragang dan Bahasa Melayu untuk memudahkan semua kaum di Malaysia memahami kandungan ceritanya.
 

RM38.00

ISBN 978-967-0924-96-0

Buku ini menghuraikan gambaran mengenai kewujudan suatu peruntukan khusus berhubung dengan bentuk pemilikan tanah bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Bermula dengan sistem pemilikan tanah tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan kuasa-kuasa imperialis Barat ke Alam Melayu yang antaranya ialah Sistem Pemilikan Adat Perpatih yang digunakan di Melaka dan Negeri Sembilan. Sistem pemilikan adat Melayu pertama kalinya diperkenalkan oleh Pentadbiran British di Negeri-negeri Selat bermula dengan pengenalan Ordinan Pemilikan Tanah Adat Melaka pada tahun 1886. Tanah Simpanan Melayu merupakan suatu pemilikan tanah khusus yang pada mulanya diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 dan seterusnya diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani antara Britain dan Siam pada tahun 1909. Kewujudan peruntukan Tanah Rizab Melayu bermatlamat untuk melindungi hak dan kepentingan tanah bagi komuniti Melayu yang merupakan penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu. Sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian di Britain pada abad ke-19 serta kekayaan sumber asli di Tanah Melayu telah menarik minat golongan kapitalis Eropah dan China untuk mengeksploitasi sumber yang terdapat di Tanah Melayu melalui pembelian tanah-tanah yang dibuka oleh komuniti tradisional Melayu. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia bagi mengembalikan semula nisbah Tanah Simpanan Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam 7 Wasiat Raja-raja Melayu yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu pada tahun 1957. Namun, masih lagi terdapat pendekatan atau kaedah dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan Tanah Simpanan Melayu di mana faktor pasaran terhad menjadi alasan utama dalam membangunkan tanah tersebut. Oleh itu, buku ini turut mengupas dan mengetengahkan kaedah-kaedah terbaik dalam memastikan tanah pusaka tinggalan Melayu ini boleh bersaing dan berdaya maju selaras dengan kehendak dan keperluan pembangunan negara di era milenium.

RM35.00

ISBN 978-983-3759-91-0

RM22.00