PELAKSANAAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 TELAH BERMULA PADA 29 JUN 2021 SEHINGGA TARIKH DIBERITAHU KELAK. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
60
MEMOIR ZA'BA
RM18.00 RM45.00
MEMOIR ZA'BA
End In :
Price RM18.00 RM45.00
Size (L x W x H) 23 cm x 15 cm x 1.5 cm
Availability Out Of Stock
Shipping Fee
Description
Highlight

Buku ini adalah projek penyelidikan Institut Peradaban Melayu yang mempertingkatkan nama Institut ini dan Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai institusi akademik yang berwibawa

Buku ini merupakan cerita peribadi yang disampaikan oleh Za'ba sendiri dalam satu rakaman audio yang diusahakan oleh Arkib Negara dalam tahun 1970 dahulu. Dalam Memoir ini terakam riwayat hidup  Za'ba seperti yang diceritakan sendiri, menggunakan kaedah first-person narrative.

Membaca Memoir ini, kita memperoleh gambaran yang jelas tentang latar belakang kehidupannya sejak dia masih kanak-kanak hinggalah ke tahun-tahun sebelum dia meninggal dunia. Dari riwayat ini juga, kita dapat mengesan perjuangannya dalam membawa pembaharuan ke dalam kehidupan masyarakat Melayu yang dianggapnya "kolot" dan "tidak mahu maju" dari segi pendidikan dan ekonomi. Penulisannya tentang agama Islam, seperti yang diceritakannya sendiri, adalah hasil dari pemerhatiannya terhadap perkembangan Islam di negara-negara Islam yang lain dengan menegaknya aliran pemikiran yang berpendapat bahawa agama Islam boleh membawa umatnya ke arah kemajuan.