PELAKSANAAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 TELAH BERMULA PADA 29 JUN 2021 SEHINGGA TARIKH DIBERITAHU KELAK. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
SPECIAL PROMOTIONS
SPECIAL PROMOTIONS
Sort by
Show result

Heavy metal pollution in aquatic ecosystem is increasing and alarming with the increasing industrialization. Copper is the most extensively used metal among other heavy metals.

RM10.00

Sejak 1980-an, semakin banyak diperkatakan tentang proses pembangunan sejagat yang bersifat kontemporari, multidimensional dan berkontroversi. Proses pembangunan ini dikenali sebagai "globalisasi".

RM10.00

Dalam Siri Wacana Ilmu ini, satu teori pendidikan pemikiran dikemukakan dan perlu diterapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim. Institusi pengajian UPSI ini yang mempunyai sejarah, visi, misi, sistem pendidikan, fakulti-fakulti, aspirasi dan inspirasi dan keunggulan terulung, wajarlah mempunyai satu teori yang mantap.

RM10.00

Dahulu dipanggil Ilmu Alam, sekarang Geografi kerana seluruh dunia memanggilnya geografi. Di sekolah menengah atas daripada mata pelajaran teras, geografi dijadikan elektif menyebabkan semakin kurang pelajar diajar geografi. Sebaliknya di universiti, daripada sebuah 'rumah sembelihan' yang digeruni oleh kebanyakan pelajar dalm tahun-tahun 1960-an, Jabatan Geografi di Universiti Malaya dan di mana-mana universiti di Malaysia semenjak 1970-an telah bertukar menjadi semakin popular sehinggalah tahun 1990-an akibat pertukaran taraf kepada elektif di sekolah menengah atas.

RM10.00

Menelesuri Akar Nurani: Catatan Kembara Sastera UPSI 2003 merupakan nukilan rasa dan sentuhan jiwa hasil pengembaraan dua puluh lima orang warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), TanjongMalim, Perak

RM15.00

Konsep Ilmu Konten Pedagogi menyentuh peranan dan cara-cara memupuk seseorang pendidik dalam membina Ilmu Konten Pedagogi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Bidang ilmu Pendidikan dihubungkaitkan bagi menjelaskan konsep Ilmu Konten Pedagogi berserta dengan contoh-contoh yang menfokuskan kepada objektif pembelajaran. Selain analisis Ilmu Konten Pedagogi, stail Jasmani dan Sains Sukan pengajaran pendidikan, kurikulum pendidikan, persediaan rancangan pelajaran, masalah pengajaran, masalah dan implikasi ilmu konten pedagogi dan kajian mengenai ilmu ini turut dibincang dalam buku ini.

RM15.00

Antologi ini mengandungi, cerpen-cerpen tentang psikologi kanak-kanak yang ditulis oleh para pengarang terkenal tanah air.Cerpen-cerpennya mengisahkan suka duka kanak-kanak dalam menghadapi ibu bapa, guru, rakan sebaya dan ahli-ahli masyarakat dalam kehidupan sehari-hari mereka.Buku ini amat baik untuk para guru pelatih, guru, ibu bapa, para pendidik, pegawai-pegawai pendidik dan para peminat bidang pendidikan. Adalah disarankan agar buku ini menjadi bahan dan kajian di fakulti-fakulti pendidikan dan maktab-maktab perguruan.

RM15.00

Poems, short stories and essays are normally used as text to teach reading comprehension and literature.

RM20.00

Buku ini menerangkan bagaimana kaedah pengurusan Masjid yang terbaik.

RM20.00

Modul-modul Kelompok: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Birmbingan adalah langkah proaktif untuk menggalakkan perbincangan, Kajian-kajian dan penulisan iimiah yang lebih mendalam dan menyeluruh mengenai modul-modul kelompok, kaunseling dan bimbingan. Bagi memantapkan aplikasi agar praktikal kepada pengguna, setiap bab membincangkan dengan jelas asas sesuatu kelompok dari segi objektif, strategi dan prosesnya. Buku ini merupakan lanjutan buku Modul Kelompok:

RM22.00

Koleksi puisi-puisi sains

RM22.00

Buku ini menyediakan penulisan yang amat sederhana sifatnya, merupakan garapan beberapa tulisan yang telah diusahakan sekadarnya untuk permanfaatan bersama dalam kerangka yang setitis jadikan selaut, dan yang sekepal jadikan segunung'. Agenda pendidikan pembangunan negara memberikan tumpuan khas terhadap usaha membangun modan insan berminda kelas pertama acuan Malaysia tanpa mengetepikan khazanah tradisi warisan budaya bangsa. Penulisan ini dipersembahkan dan didedikasikan kepada seluruh warga pendidik, mahasiswa, warga pembaca dan peminat di pelbagai peringkat untuk direnungi sebagai mewakili dan menzahirkan segala macam amanah dan pertanggungjawaban untuk menggilap bukan sahaja suasa dan perak menjadi emas dan permata, tetapi juga sampah sarap yang berselut di pelimbahan juga dituntut agar disepuh menjadi kemilau sinar modal insannya.

RM22.50

Modul Pentaksiran Alternatif Sains Sukan Tingkatan 4 diterbitkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan Fakukti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai Reka Bentuk Pentaksiran Alternatif dalam Mata Pelajaran Sains Sukan Tingkatan empat di sekolah menengah di Malaysia.

RM23.00

Sejarah suatu bangsa dicipta oleh tokoh-tokoh politik dan negarawan, tetapi kaum wartawanlah pemula dan perangka sejarah itu. A. Samad Ismail tidak sekadar menyingkap dan menghuraikan detik sejarah kewartawanan tetapi dengan tajam mentafsir denyut jantung masyarakat serta warna-warna politik, ekonomi dan budaya yang mencerminkan watak nasional kita.

RM25.00

This book will take you on a short journey into the world of creativity. It will clearly define the creative process and will also assist you in answering the three (3) key questions of life. - Who are you?; Why are you here?; What is your message?

RM25.00

Buku kecil ini menyusuri sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh puisi Melayu moden di negara ini bermula pada awal pertumbuhan dan perkembangannya hingga ke tahun-tahun awal abad ke-21 bagi melengkapkan sebahagian daripada keperluan usaha tersebut.

RM25.00

Factors Associated with Mathematics Anxiety is a book designed for teachers, students, parents or anyone who will be involved with mathematics.

RM25.00

Setiap bangsa di dunia mempunyai kebudayaan masing-masing. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang diamalkan secara berterusan oleh warga sesuatu bangsa. Amalan tersebut akan menyerlahkan jati diri bangsa itu. Bagi bangsa Melayu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu; menganut agama Islam; mengamalkan gotong-royong; dan kaya dengan sopan santun. Kesemuanya terpancar jelas dalam karya-karya kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya mereka. Oleh sebab itu, amat penting bagi umat Melayu melestarikan khazanah yang mendokumentasikan imej mereka yang cemerlang dan dikagumi suatu masa dahulu.

RM25.00

Kesusasteraan sebagai satu ciptaan seni merupakan tonggak utama kebudayaan sesuatu bangsa di dunia. Cabang kesenian itu bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sahsiah malahan juga mencanai daya intelek seluruh warga bangsa yang melahirkannya. Sumbangan kesusasteraan terhadap aspek-aspek yang telah disebutkan itu tidak pernah dipertikai sejak dahulu lagi. Peri pentingnya keselesaan dalam mengharungi hidup bagi mengelakkan kecelaruan dan tekanan telah diterima sebagai keperluan yang mendesak. Aneka macam kesenian diwujudkan demi mencapai maksud itu.

RM25.00

Pembaca dihidangkan dengan perbincangan mengenai pertumbuhan perwatakan dalam novel-novel Malaysia, aspek sosial budaya dalam cerpen Malaysia, kesusasteraan Malaysia tahun-tahun enam puluhan dan novel tahun dua puluhan.

RM25.00

Buku Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan membicarakan hal tentang Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang telah dipersetujui bersama antara Malaysia dengan Indonesi pada tahun 1972. Buku ini memuatkan 12 bab Yang kandungannya membincangkan hal-hal tentang Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Sistem Keselarasan Huruf Vokal, Kesalahan Pengejaan Kata, Ejaan Kata Pinjaman, Rangkaian Kata dan Kata Majmuk.

RM25.00

Kursus Bahasa Melayu Mudah ini memuatkan tatabahasa bahasa Melayu yang ditulis khusus lagi terancang, bertujuan membantu para pelajar dan pengguna bahasa Melayu mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan mudah. Buku ini ditulis dengan berpandukan buku Tatabahasa Dewan dan menyampaikan isi pelajaran mengenai bahasa Melayu dengan cara yang Cukup mudah Buku ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian 1: Perkataan dan Bahagian 2: Ayat.

RM25.00

Za'ba sangat cinta kepada bahasa, bangsa dan tanah airnya. Peranan beliau yang sentiasa berlandaskan keahlian, kecintaan dan kecekalan ternyata disedari dan diakui oleh masyarakat bangsanya. Beliau ialah pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang - agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu.

RM25.00

Tanggungjawab guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu pengetahuan sentiasa penting dan relevan sepanjang zaman. Malah, dari segi professionalisme, keupayaan dan kemampuan guru pada hari ini lebih penting dan mencabar berikutan pelbagai perubahan baharu dalam sistem pendidikan, terutamanya ketika negara berhadapan dengan era baharu dunia globalisasi.

RM25.00

Pendidikan Seni Visual dan Muzik adalah himpunan esei pilihan karya pensyarah-pensyarah Fakulti seni dan Muzik. Esei terpilih ini hasil daripada kajian dan penyelidikan pelbagai bidang Seni Visual dan Muzik. Pendidikan Seni Visual dan Muzik bukan sahaja merupakan mata pelajaran yang mementingkan bakat dan minat tetapi juga sebagai sumber ilmu yang dapat menjana dan membentuk insan yang bersifat penyayang, lemah lembut dan sopan santun yang memahami nilai estetik dan busaya orang lain. Tanpa nilai-nilai ini, manusia sering berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran

RM25.00

Disiplin: geografi yang mengkaji tentang kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan saling bergantung antara kedua-duanya merupakan satu bidang yang penting untuk dipelajari dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Proses pembangunan yang pesat di negara ini telah menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang sistem ini perlu diuruskan dengan sewajarnya bagi atau meminimumkan impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, perubahan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan, pertanian dan lain-lain. Masalah yang wujud dalam persekitaran fizikal tersebut perlu ditangani dengan segera memandangkan jika kemerosotan alamn sekitar fizikal ini berlarutan, akan memberi impak yang lebih besar kepada kehidupan manusia. Kefahaman tentang pengurusan alam sekitar secara bersepadu serta pelaksanaan yang telus dan berhemah mampu membawa negera ke satu peringkat yang lebih baik demi menjamin kelestarian sumber-sumber alam sekiter fizikal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

RM25.00

Buku ini bertujuan menunjukkan tentang keupayaan sistem maklumat eografi dalam perancangan pembangunan guna tanah menerusi emodelan pembangunan guna tanah komersil. Di samping itu, banyak onsep, teori dan model yang berkaitan dengan pembangunan guna anah dibincangkan secara terperinci. Sistem maklumat geografi menyediakan keupayaan untuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan data yang merujuk pada ruang. Sistem maklumat geografi menyediakan kerangka bagi mengintegrasikan jumlah data reruang yang banyak daripada pelbagai sumber dan jangka masa serta pembentukan sistem sokongan pembuatan keputusan bagi aktiviti pengurusan dan perancangan, Oleh itu, buku ini amat berguna kepada para pelajar di institusi pengajian unga, pegawai kerajaan dan swasta yang berminat dalam sistem maklumat geografi.

RM25.00