NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Latest Products
Sort by
Show result

Buku Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Penglibatan Keluarga dan Komuniti di TASKA dan TADIKA memperkenalkan aspek-aspek penting yang mesti diketahui oleh guru dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Kandungan buku ini juga membolehkan guru mengenal pasti latarbelakang keluarga dan persekitaran kanak-kanak di sekoalh dan di rumah. Buku ini merangkumi 12 bab.

RM45.00

Buku Seni Tekat Perak : Kreativiti Kearifan Lokal merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, kajian literatur dan pengalaman penulis dalam bidang kraf yang dicatatkan menjadi satu lembaran awal tentang akal budi pemikiran di sebalik objek kraf tekat yang menyentuh tentang aspek sejarah, kearifan lokal, filasafat terhadap motif alam dan eksplorasi terhadap kreativiti seni tekat.

RM50.00

Buku ini dihasilkan untuk membantu pembaca terutamanya daripada kalangan pelajar sekolah, guru sekolah, pelajar institut pengajian tinggi dan orang perseorangan yang ingin mendalami asas rekabentuk Elektirk, Elektronik dan Mekatronik.

RM50.00

ISBN 978-629-7524-28-3

Sejarah kedatangan tulisan Jawi di Nusantara telah membuktikan keagungan Tulisan Jawi dan Seni Khat yang mana merupakan salah satu medium membawa perubahan ketamadunan bangsa. Oleh yang demikian, kaedah mempelajari tulisan Jawi dan pada masa yang sama menguasai Seni Khat melalui cara mempraktikkannya dengan betul telah disesuaikan dalam buku ini. Pada susunan bab turut menterampilkan sejarah supaya kupasan isu menjadi lebih esklusif serta pembaca turut dilatih tubi dengan menulis dan membunyikan secara betul lagi efektif.

RM40.00

This book uncovers the truth behind Sukarno's Guided Democracy in Indonesia, the cult of personality and the role o f propaganda in maintanining his power.

RM50.00

ISBN 978-629-7524-26-9

Sultan Idris Training College (SITC) terletak di Tanjong Malim, Perak merupakan gedung ilmu yang amat penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia. Ia juga dikenali dengan jolokan Universiti Melayu. Kewujudan SITC bukan sahaja dapat menampung keperluan tenaga guru tetapi turut mencetuskan semangat yang luar biasa dalam kalangan guru pelatih SITC untuk lebih gigih menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik demi mendidik dan memajukan anak bangsa demi masa depan Tanah Melayu. Lulusan SITC berusaha untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang peri pentingnya kemerdekaan negara. Mereka berjuang melalui pelbagai jalur antaranya melalui politik dan menggunakan jalur bahasa dan kesusasteraan Melayu. Mereka terkenal sebagai pejuang kemerdekaan yang mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat demi sebuah kemerdekaan. Jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu mesti dihargai dan difahami generasi masa kini. Lantaran itu, buku ini mesti dimiliki dan dibaca oleh mereka yang meminati tentang sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia.

RM50.00

ISBN 978-629-7524-32-0

Buku Cabaran Komuniti Orang Asli dalam Matlamat Pembangunan Lestari bertujuan untuk menelusuri cabaran komuniti orang asli dalam memperkasa kemajuan pada masa hadapan. Buku ini menyentuh perbincangan mengenai Pendidikan Sekolah Rimba, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kejayaan Akademik Komuniti Orang Asli, Pendidikan Keusahawanan, Undang-undang, Perkhidmatan Jalur Lebar Internet, Peranan Kaunseling dan Cabaran dan kelestarian Kehidupan Komuniti orang asli. Perbincangan dalam buku ini dapat dilihat khususnya dalam beberapa aspek yang saling berhubung kait antaranya melalui keperluan membangunkan kelestarian Pendidikan komuniti orang asli selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030). Penulisan buku ini dijayakan agar pembaca memahami dalam usaha yang boleh dilakukan dalam menelusuri cabaran dalam memperkasa kelestarian pendidikan, sosioekonomi dan kehidupan komuniti orang asli. Buku ini harus dimiliki oleh mereka yang berminat tentang Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs 2030) khususnya mengenai kelestarian kehidupan Komuniti Orang Asli. Lantaran itu, buku ini juga sesuai dijadikan rujukan para pengkaji pembangunan lestari, bidang geografi, alam sekitar, sains persekitaran, dan juga pelbagai bidang yang merentas disiplin serta para siswazah dan orang awam.

RM35.00

ISBN 978-629-7524-22-1

Buku "KEBITARAAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN GEOGRAFI DI SEKOLAH" diterbitkan khusus untuk pelajar-pelajar pendidikan pusat pengajian tinggi sama ada di Universiti (IPTA/IPTS) atau Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang mengkhusus kepada pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran geografi. Pada masa yang sama, guru sedia ada boleh memanfaatkan buku ini untuk digunakan dalam PdPc di sekolah sedia ada. Buku ini juga boleh dibaca pelajar sekolah menengah kerana terdapat bab-bab aplikasi yang boleh digunakan dalam PdPc di sekolah juga. Buku ini pada awalnya memperkenalkan pembaca kepada sejarah pendidikan secara am dan meneroka bagaimana pendidikan di Malaysia itu berkembang sehingga kini. Pembaca diperkenalkan elemen terbaharu dalam kurikulum berkaitan yang diketengahkan di dalam setiap bab malahan beberapa bab juga menukilkan aplikasi sedia ada yang boleh digunakan dalam PdPc. Buku ini mengandungi 11 bab. Kekuatan buku ini adalah kupasannya yang menyeluruh tentang PdPc mata pelajaran Geografi yang digunakan oleh pelajar IPT, Guru Sekolah yang mengajar mata pelajaran Geografi dan juga murid-murid sekolah sebagai alat bantu mengajar (ABM) mereka. Buku ini boleh menjadi panduan kepada mereka dalam menjadikan PdPc mengikut arus semasa dengan keperluan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam menjadikan warga Malaysia yang lebih berpengetahuan untuk masa hadapan yang lebih cemerlang.

RM45.00

ISBN 978-967-2799-86-3

The essays in this book represent my engagement with the epistemological, historical, cultural and societal perspectives of journalism and media. It interprets what is and advocates what would and could be. As the practice with most writings from the university environment, many originated from academic, scholarly and social commitments in one's vocation. This book introduces another way of knowing journalism and the media. It serves as a rejoinder to the orientation and thinking on journalism, communication and media in Malaysia conditioned by the establishment of journalism/mass communication schools some five decades ago. Apart from exploring non-Western perspectives on media historiography and communication, this book argues for a corpus from a none Euro-American tradition. It calls for reassessing journalism as a sociological and civilizational construct implemented through the curriculum in journalism and media education.

 

RM35.00

 

ISBN 978-629-7524-14-6

Numerical Methods with Scilab Programming book describes some of the numerical methods use to solve problems like scalar and system of nonlinear equations, linear system, polynomial,differentiation, integration and initial value problems. This book aims to give a complete lecture notes for both analytical and approximation results with the help of Scilab programming. A complete numerical solution using Scilab is written in a way so that anyone without the knowledge of programming skills can easily understand the Scilab code. Students are provided with a clear and accessible guidance on a wide range of solutions and explanation to some of the numerical methods are given in a recorded video which can be easily view from the QR code given. Numerical Methods with Scilab Programming can be a great textbook for undergraduate and graduate students in the field of mathematics, science and engineering courses with numerical methods and analysis components.

RM48.00

ISBN 978-629-7524-27-6
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut persekitaran semasa. Bagi Ibu bapa muda dan bakal bergelar ibu bapa, mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan berasaskan media sosial semasa selaras dengan era pendigitalan dan teknologi maklumat. Harapan ibu bapa, apabila anak-anak dihantar ke tadika, ialah kejayaan dan potensi anak-anak terserlah dan dibugarkan. Ibu bapa mengharapkan anak-anak menjadi pintar cerdas, berbakat, berpotensi dan berjaya dalam akademik apabila melangkah ke alam persekolahan serta peringkat pengajian tinggi kelak. Penulisan buku ini bermatlamat berkongsi idea, pengalaman dan misi dalam mencorak dan membentuk kemenjadian anak-anak sejak mereka di tadika lagi. Buku ini adalah Garapan daripada tesis pengarang, dan dibahagikan kepada sepuluh bab bagi memudahkan pembaca memahami dan berkongsi maklumat berkaitan pendidikan anak-anak peringkat tadika. Keseluruhan kandungan buku ini diharap dapat menjadi input dan panduan khususnya kepada ibu bapa muda tentang kepentingan pendidikan anak yang holistik dan kaedah Pendidikan anak yang berkualiti.

RM30.00

ISBN 978-629-7524-16-0

Buku Media Pendidikan: Kajian dan Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar adalah sebuah buku yang merumuskan pengalaman serta dapatan penyelidikan berkaitan media kreatif dan adaptasinya dalam pendidikan sebagai panduan untuk penyelidik dan pembangun bahan instruksi berasaskan multimedia. Keunikan buku ini ialah kandungannya yang mengintegrasikan bidang reka bentuk media kreatif dan bidang reka bentuk instruksi. Buku ini merangkumi pelbagai konteks penulisan, termasuk aspek lontaran idea, laporan penyelidikan, tinjauan literatur dan panduan langkah demi langkah. 

RM48.00
RM60.00

ISBN 978-629-7524-13-9

Buku Tun Dr. Mahathir Mohamad Kuasa & Krisis Kehakiman 1982-1988 bertujuan untuk menelusuri pentadbiran Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke-4 dan kesannya terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Kesan pentadbiran Tun Dr. Mahathir terhadap sistem kehakiman dapat dilihat khususnya dalam beberapa aspek yang saling berhubung kait antaranya siri campur tangan dan perluasan kuasa eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman dalam tempoh masa yang dikaji. Ia menjadi politik antara badan eksekutif dengan badan kehakiman Malaysia.

RM40.00

ISBN 978-967-2851-64-6

This series consists of four books. They have been specially designed for children aged 3-12. The colourful illustration and meaningful stories are sure to impart good moral values among children. Read the good deeds of Bella, Shelly, Alice and Mary. You will definitely enjoy reading their kindness and friendly characters.

RM20.00

ISBN 978-967-2851-65-3

This series consists of four books. They have been specially designed for chuldren aged 3-12. The colourful illustration and meaningful stories are sure to impart good moral values among children. Read the good deeds of Bella, Shelly, Alice and Mary. You will definitely enjoy reading their kindness and friendly characters.

RM20.00

ISBN 978-967-2851-63-9

This series consists of four books. They have been specially designed for children aged 3-12. The colourful illustration and meaningful stories are sure to impart good moral values among children. Read the good deeds of Bella, Shelly, Alice and Mary. You will definitely enjoy reading their kindness and friendly characters.

RM20.00

ISBN 978-967-2851-62-2

This series consists of four books. They have been specially designed for children aged 3-12. The colourful illustration and meaningful stories are sure to impart good moral values among children. Read the good deeds of Bella, Shelly, Alice and Mary. You will definitely enjoy reading their kindness and friendly characters.

RM20.00

ISBN 978-967-0050-69-0

Buku Kajian Tindakan dalam Pendidikan Moral ditulis untuk menampung kekurangan buku berkaitan metodologi dalam penyelidikan Kajian Tindakan. Buku ini memberi tumpuan khusus dalam aspek pelaksanaan Kajian Tindakan secara praktikal dalam bidang Pendidikan Moral. Penulisan buku ini juga memuatkan metodologi pendekatan kuantitatif, kualitatif, pendekatan campuran dan reka bentuk penyelidikan secara ringkas untuk memberikan pemahaman awal tentang penyelidikan kepada para penyelidik novis.

RM40.00

ISBN 978-629-7524-11-5

Pendedahan awal konsep pedagogi dan pendidikan awal kanak-kanak, prinsip pengalaman pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan berdasarkan Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

RM40.00

ISBN 978-967-0050-65-2

Buku ini menyumbang kepada pengamalan teknik penjanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan mahasiswa pelbagai peringkat, ahli akademik serta para pengkaji dan masyarakat dalam usaha mereka memahami dan megaplikasikan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

RM35.00

ISBN 978-967-2908-32-6

Buku ini adalah cernaan hasil penyelidikan dan kajian berkaitan dengan fenomena pendidikan Bahasa melayu dan Kesusasteraan Melayu. Oleh hal yang demikian, terdpat banyak pemikiran yang telah diketengahkan dalam buku ini untuk diperhalusi dan diterjemahkan dalam realiti iklim pendidikan negara.

RM53.00

ISBN 978-967-2908-35-7

Realisasi lsu atau Dinamika Kajian dalam bidang Bahasa, Sastera dan Budaya amatlah diperlukan untuk mengangkat martabat bidang-bidang ini agar selari dengan arus kemodenan dan teknologi masa kini. Para ahli akademik dan tokoh dalam ketiga-tiga bidang ini cuba mengangkat isu-isu sebenar ini agar perkembangan ilmu itu terpelihara untuk diwasilahkan kepada pengkaji, pensyarah, guru dan pelajar serta generasi alfa sekarang.

RM82.00

ISBN 978-967-2851-11-0

Antara bangsa utama yang mendukung perkembangan tamadun Islam (dari segi kronologi) adalah bangsa Arab, Parsi, Turki dan Melayu. Buku ini (Telaah Khazanah Sastera Turki) meninjau bagaimana bangsa Turki menyumbangkan khazanah persuratannya dalam peradaban Islam. Kebanyakan kandungannya - dalam bentuk artikel, esei, dan terjemahan karya kreatif - tertumpu kepada perihal sastera, baik yang klasik mahupunmoden. Turut disertakan dua artikel yang menyentuh bahasa Turki. Selain perbahasan tentang sastera Turki sepenuhnya, ada juga perbincangandalam konteks perbandingan dengan sastera-sastera Islami yang lain seperti sastera Arab, Parsi dan Melayu.

RM124.00

ISBN 978-967-0050-61-4

Buku ini mengisahkan tentang perjuangan kemerdekaan Malaysia. Perjuangan rakyat, ia bermula di bumi bertuah negeri Perak darul Ridzuan. Kesedaran dan kebangkitan anak-anak muda kelahiran negeri Perak memberi impak besar dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu waktu itu. Gema merdeka bermula di bumi Perak dan seterusnaya disahut silih berganti dari negeri-negeri Melayu yang lain. Kemunculan Sultan Idris Training Collage (SITC) di bumu Mualim, Tanjong Malim, Perak.

RM40.00

ISBN 978-967-0050-68-3

Penulisan bahan ilmiah seperti esei, laporan penyelidikan,disertasi, artikel jurnal dan buku memerlukan gaya yang formal. Salah satu gaya yang popular digunakan dalam bidang Sains Sosial dan Pendidikan ialah gaya American Psychological Association ( APA ). Gaya ini telah dikemas kini dalam versi baharu iaitu Edisi ke-7 yang secara rasminya diperkenalkan pada tahun 2019.

RM50.00

ISBN 978-967-2799-53-5

Buku ini dengan jelas membicarakan mengenai konsep keyakinan diri dalam melihat persamaan dan perbezaan terhadap konsep keyakinan diri menurut perpektif Barat dan Islam. Ternyata bahawa menurut perspektif Islam, konsep keyakinan diri adalah lebih meluas, kekal dan umum kerana Islam mengaitkan keyakinan diri dengan konsep ketuhanan (Uluhiyah)

RM25.00

ISBN 978-967-0050-46-1

Buku kepimpinan dan pengurusan Pusat pendidikan Awal Kanak-kanak ini mengandungi 13 bab yang lengkap meliputi pelbagai aspek pengurusan diperingkat TADIKA dan TASKA. Buku ini juga menjelaskan teori-teori yang berkaitan, serta menerangkan ciri-ciri pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan yang merangkumi aspek pengurusan kakitangan, pengurusan murid, penyelenggaraan peralatan, pengurusan kewangan, pengurusan makanan, pengurusan program serta hubungan pusat awal kanak-kanak dengan komuniti. Selain itu, buku ini turut membincangkan tentang kepimpinan dan juga bidang keusahawanan dalam pendidikan awal kanak-kanak yang boleh diterokai khususnya proses penubuhan TADIKA dan TASKA. 

RM40.00

ISBN 978-967-005-063-8

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang kajian tindakan sebagai penyelidikan asas di sekolah serta memperkenalkan kepada pembaca apa itu kajian tindakan, apa kepentingan dan bagaimana pelaksaannya. Selain itu, buku ini membantupembaca membuat refleksi sehingga mampu merancang penyelidikan tindakan bagi menambah baik pengurusan sekolah mahupun di dalam bilik darjah. Buku ini ditulis oleh penulis bepengalaman dan berlatar belakangkan pendidikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat agar dapat meningkatkan tahap kefahaman dan minat pembaca terhadap kajian tindakan. Denagn itu, buku ini dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada pendidik yang ingin  menjadi penyelidik kajian untuk menambah baik pengajaran sesuai dengan profesionalisme keguruan.

RM35.00

ISBN 978-967-2159-52-0

Perjalanan pengalaman Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid meniti denai ilmu di kampung di bandar, di ibu kota kemudian di negara asing. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pendidik, pentadbir, kemudian perancang dan pemimpin tertinggi dalam sektor pendidikan. Semua ini dilakar dengan jelas dalam buku ini supaya pembaca dapat memahami dengan benar sebuah kehidupan manusia  bernama Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin bergelumang mempelopori pembaharuan dalam pendidikan negara yang pada saat ini dan sampai bila-bila kekal dalam ingat kita akan baik budi, khidmat, jasa dan baktinya kepada agama, masyarakat dan negara.

RM90.00

ISBN 978-967-2799-58-0

Buku ini membahaskan Teori Etika dan Moral yang bertunjangkan pemahaman dan analisis akal. Tujuannya bagi merasionalkan teori dari pelbagai sudut yang boleh diaplikasikan.

RM35.00

ISBN 978-967-2851-71-4

The Dewa Pechil tale teaches we cannot succeed alone. The loyalty of Cemara Bermas and her followers are needed for Dewa Pecchil's revival.

RM35.00

ISBN 978-967-2799-81-8

Buku ini dihasilkan untuk kegunaan murid-murid Ijazah Sarjana Muda dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana kandungannya bolej dijadikan panduan serta menepati kaedah mengajardalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

RM35.00

ISBN 978-967-2851-70-7

Perjalanan pengalaman Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid meniti denai ilmu di kampung di bandar, di ibu kota kemudian di negara asing. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pendidik, pentadbir kemudian perancang dan pemimpin tertinggi dalam sektor pendidikan.

RM150.00

ISBN 978-967-2851-69-1

Membuat sesuatu kajian atau penyelidikan bahasa akan menjadi lebih mudah dengan adanya buku ini. Kandungannya yang padat dengan panduan dan petunjuk langkah demi langkah, akan dapt memandu anada ke desinasi penyelidikan yang berimpak tinggi. Kepada para penyelidik, buku ini untuk anda.

Dato'Prof. Dr. Abdul Jalil Othman - Profesr Kehormat Universiti Malaya

RM35.00

ISBN 978-967-2799-78-9

Kemahiran literasi merujuk kepada kemahiran membaca dan mnulis yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk digunakan dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Namun begitu, kanak-kanak berkemungkinan mengalami masalah seperti lambat bercakap, pelat, malas membaca buku dan buta huruf.

RM40.00

ISBN 978-967-2799-80-1

Buku ini dihasilkan sebagai santapan minda, dan membukakesedaran pembaca untuk menyelami kehidupan manusia semasa dunia dilanda wabak tersebut, yang menyebabkan kebinasaan ekonomi dan kehilangan nyawa. Buku ini merupakan koleksi hasil karangan pemuisi berbakat yang pernah menyertai pertandingan puisi Covid-19.

RM10.00

ISBN 978-967-2799-23-8

Subjek Falsafah dan Isu Semasa dan Penghayatan Etika dan Peradaban adalah dua kursus wajib universiti yang diperkenalkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik pada tahun 2019. Buku ini mengandungi 9 topik.

RM25.00

ISBN 978-967-2799-17-7

Buku ini membicarakan tentang prospek dan cabaran dalam sektor arkeopelancongan di malaysia, iaitu salah satu subsektor di dalam industri pelancongan. Perkembangan terkini menunjukkan industri pelancongan adalah sektor ekonomi yang bukan sahaja popular malahan ia semakin penting di Malaysia.

RM35.00

ISBN 978-967-2851-57-8

The Integrated Classical Guitar Method: Accelerated Learning was designed for beginners with zero or little background in classical guitar playing. Pedagogical considerations are well taken into account in the preparation of this method book. The content is systematically designed in the sense that the mastery of classical guitar competencies at each learning stage is well achieved before proceeding to the next stage.

RM25.00

ISBN 978-967-2799-25-2

Buku ini boleh dijadikan panduan asas kepada pengurus pasukan yang dilantik untuk memahami asas-asas penting yang perlu diketahui oleh seseorang pengurus pasukan termasuklah memahami peranan staf dalam pasukan, peranan dan tanggungjawab seorang Pengurus Pasukan, pelantikan staf dan lain-lain.

RM45.00